Saya Juga
Anak Malaysia
Sesiapa sahaja yang terserempak dengan anak-anak kami akan menganggap bahawa mereka anak Malaysia. Namun, hakikatnya berbeza. Undang-undang yang berat sebelah tidak memberi kami hak sebegini. Dengarlah suara hati kami, dan fahamkan bagaimana anda boleh menyokong hak anak-anak kami.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa bapa warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing boleh menganugerahkan kewarganegaraannya secara automatik jika anak-anak mereka dilahirkan di luar negara.
Sebaliknya, ibu warga Malaysia tidak memperoleh hak yang sama.
Walaupun ibu adalah warganegara, namun anak-anak kami tidak berstatus rakyat Malaysia. Mereka tidak diberi hak-hak asasi setaraf warganegara dalam perkara-perkara seperti akses kepada perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keselamatan sosial. Akibatnya, anak-anak kami dikebelakangkan berbanding dengan anak-anak lain.
Hubungan silaturahim juga terjejas apabila anak-anak kami tidak dapat pulang ke tanah air kerana tidak memiliki dokumen kewarganegaraan.
Kenapa mereka tidak diberi kewarganegaraan, anak yang berhati bersih?
Mari kita selami kisah Aini, seorang ibu warga Malaysia yang dikurniakan dua orang anak –
seorang warganegara Malaysia dan seorang lagi yang
tidak mendapat kewarganegaraan sehingga tahun 2023.
Sekarang kedua-dua anaknya bergelar warga Malaysia.
Ramai lagi ibu-ibu yang berada di dalam situasi seperti Aini.
Bagi saya, cabaran yang terbesar adalah
kerisauan bahawa anak-anak saya akan terpisah jika ada apa-apa yang terjadi pada saya.
Anak kedua saya dilahirkan di UK semasa pandemik kerana sempadan masih ditutup pada masa itu. Proses
permohonan kewargaannya akan mengambil masa selama lima tahun, dan tidak tentu bahawa ia akan
diluluskan. Kami hanya boleh menunggu sambil mengharapkan keputusan yang baik.
Tanpa kewarganegaraan, anak kedua saya mungkin tidak boleh menetap di Malaysia seperti anak pertama
saya yang mempunyai warganegara Malaysia.
- Amelia, 1 anak bukan warganegara Malaysia
Halangan birokrasi merupakan cabaran yang terbesar bagi kami. Setiap permohonan visa dan
kewarganegaraan memerlukan amat banyak dokumen.
Selain itu, kos kesihatan juga menjadi cabaran. Pada tahun 2019, anak perempuan saya dimasukkan ke
Hospital Kuala Lumpur kerana dijangkiti pneumonia. Saya terpaksa menanggung kos tinggi kerana dia
dikenakan caj warga asing, walaupun saya telah mengemukakan dokumen yang menunjukkan bahawa proses
permohonan kewarganegaraan Malaysia bagi anak saya sedang diproses. Dia juga tidak mempunyai
insurans kerana kebanyakan syarikat insurans tidak mahu meluluskan pemegang passport Egypt.
- Nur Hayati, kedua-dua anaknya yang sebelumnya memegang pasport Egypt sudah memperolehi kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2023.
Saya sedang membesarkan anak saya di Italy sebagai ibu tunggal yang bekerja. Semasa pandemik, saya
tidak dapat balik ke Malaysia kerana anak saya yang bukan warganegara Malaysia hanya layak mendapat
visa selama 30 hari. Apa yang akan terjadi kepada anak saya apabila visanya tamat tempoh? Saya baru
bercerai dengan suami saya dan saya gelisah untuk menghubungi suami saya demi memperbaharui pasport
anak saya. Situasi ini telah merampas autonomi diri saya.
- Li Li, anaknya yang bukan warganegara Malaysia sudah memperolehi kewarganegaraan pada tahun 2024.
Semasa berkerja di Doha, saya bertemu jodoh dengan suami saya. Tuhan lebih menyayangi anak pertama
kami, dan beliau meninggal semasa dilahirkan. Kehamilan saya dengan anak kedua, diklasifikasi oleh
doktor
sebagai kehamilan berisiko tinggi. Jadi, mustahil untuk saya terbang balik ke Malaysia supaya anak
kedua ini dilahirkan sebagai warga Malaysia. Oleh itu, anak kedua saya tidak diberi kewarganegaraan
Malaysia.
Perjalanan hidup Maryam yang dikategorikan sebagai warga asing di negara ibunya sendiri, amatlah
perit dan perih. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa kami lalui. Saya sentiasa berasa resah
sekiranya saya tidak ada di dunia ini ataupun sesuatu terjadi ke atas perkahwinan saya dan suami,
apa lah nasib Maryam?
- Ummal, 2 anaknya yang bukan warganegara Malaysia sudah memperolehi kewarganegaraan pada tahun 2023.
Anak sulung saya dah berumur tujuh tahun dan dia hanya boleh tinggal di Malaysia dengan menggunakan
pas pelajar. Ia jauh lebih sukar daripada difikirkan untuk mencari sekolah yang kami mampu, yang
mempunyai lesen untuk memohon pas pelajar. Sekolah juga perlu mendapat surat kebenaran dari
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk anak saya dan proses ini mengambil masa 6-8 minggu.
Sementara menunggu pas pelajar diproses, anak saya memerlukan pas khas yang perlu diperbaharui
setiap 30 hari. Birokrasi dan peraturan yang tidak munasabah menyebabkan tekanan dan kebimbangan
yang tidak berkesudahan. Begitu payahnya saya sebagai ibu warganegara Malaysia untuk memastikan
anak-anak saya boleh tinggal bersama saya di negara kelahiran saya.
- Patricia, 2 anak bukan warganegara Malaysia
Antara empat orang anak saya, hanya anak keempat tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia kerana dia
dilahirkan luar negara. Sebelum pergi ke luar negara, saya telah bertanya kepada Jabatan Pendaftaran
Negara dan Imigresen, dan diberitahu bahawa anak saya boleh mendapat kewarganegaraan Malaysia,
walaupun dilahir luar negara. Namun, kami mendapat kejutan besar selepas melahirkan anak. Apabila
kami menghubungi Kedutaan Malaysia, kami diberitahu bahawa dia tidak layak untuk kewarganegaraan.
Selepas hampir tiga tahun, anak saya masih tiada kewarganegaraan. Tak pernah terfikir langsung untuk
ambil kewarganegaraan lain, selain tanah air tercinta. Kami bina hidup di sini. Anak-anak lain pun
tak pernah kami daftarkan di negara suami.
- Mashithah, anaknya yang bukan warganegara Malaysia sudah memperolehi kewarganegaraan pada tahun 2023.
Saya melahirkan anak pertama di Belgium tanpa
mengetahui bahawa anak dilahirkan di luar negara tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia secara
automatik. Saya bertekad untuk pulang ke Malaysia untuk melahirkan anak kedua, tetapi dia dilahirkan
sebulan lebih awal daripada yang dijangka, sebelum saya dapat pulang ke Malaysia. Kejadian ini telah
menyebabkan saya mengalami kemurungan sepanjang waktu berpantang, tetapi atas semangat dan doa arwah
ibu saya, saya akhirnya redha pada takdir.
Sudah tiba masanya kerajaan memberi wanita hak yang sama dengan lelaki, kerana wanita juga
penyumbang ekonomi negara Malaysia. Jangan pandang rendah pada tangisan dan doa ibu kerana
mujarabnya boleh mengoncang dunia.
- Headry, 2 anaknya yang bukan warganegara Malaysia sudah memperolehi kewarganegaraan pada tahun 2024.
Saya seorang ibu tunggal Malaysia kepada tiga orang anak perempuan yang tinggal di Malaysia, dua
daripada mereka bukan
warganegara. Sejak perceraiannya, saya telah menjaga anak-anak saya seseorangan sambil mengimbangi
pekerjaan sepenuh
masanya dan cabaran-cabaran birokrasi semasa menangani visa, permohonan kewarganegaraan, pendidikan
dan
penjagaan
kesihatan mereka. Anak-anak saya yang bukan warganegara juga dinafikan banyak peluang di sekolah,
termasuklah
biasiswa/pinjaman PTPTN untuk menara gading.
- Anieza, 2 anaknya yang bukan warganegara Malaysia sudah memperolehi kewarganegaraan pada tahun 2023.
Emilia, dilahirkan pada tahun 1983 kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga British, adalah seorang penulis yang menghadapi cabaran unik. Berbeza dengan banyak kes lain, dia adalah seorang dewasa yang tidak dapat memohon kewarganegaraan Malaysia kerana tiada kategori kewarganegaraan yang sesuai untuk orang sepertinya. Ibunya, yang pulang ke Malaysia pada tahun 2011 dan kini seorang pesara yang tinggal sendirian, bergantung kepada Emilia untuk sokongan. Walau bagaimanapun, Emilia hanya boleh melawat dengan visa pelancong, menyebabkan kedua-duanya terpisah. Menjadi warga Malaysia adalah penting bagi Emilia bukan sahaja pada tahap praktikal, supaya dia boleh berada di Malaysia untuk menyokong ibunya, tetapi juga pada tahap emosi, kerana ibunya adalah seluruh keluarganya. Budaya ibunya adalah budayanya, tetapi pada masa ini, dia dihalang dan tidak diiktiraf sebagai warga Malaysia. Rasanya seperti separuh daripada identitinya sedang dipadamkan.
- Emilia
Defny, seorang ibu tunggal dari Pahang, sedang berdepan dengan kesukaran untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak sulungnya, Brian, yang dilahirkan di luar negara pada tahun 2001. Walaupun telah memohon dua kali di bawah Artikel 15(2) [Borang B], kedua-dua permohonan tersebut ditolak tanpa sebarang penjelasan. Penolakan permohonan kewarganegaraan anaknya telah memberi kesan mendalam kepada keluarga. Anaknya menghadapi cabaran dalam pendidikan, termasuk tidak dapat bersekolah selama enam bulan pertama kerana menunggu kelulusan dari Kementerian Pendidikan. Setiap tahun, Defny terpaksa membayar pas pelajar untuk anaknya kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Imigresen. Selain itu, anaknya tidak layak menerima sebarang bantuan kerajaan semasa bersekolah dan dinafikan akses kepada kemudahan kesihatan awam. Tanpa pilihan visa yang sesuai, anaknya hanya boleh tinggal di Malaysia dengan visa pelancong yang memerlukan dia keluar daripada negara setiap 30 hari untuk memperbaharui visanya. Walau bagaimanapun, Defny tetap bertekad untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk anaknya, menekankan hubungan mendalam anaknya dengan Malaysia.
- Defny
Kesukaran Sarah bermula dengan perkahwinan abusif di luar negara. Penderaan ini berlanjutan sehingga kelahiran anak bongsunya, di mana suaminya menghalangnya daripada kembali ke Malaysia untuk bersalin, malah menguncinya di dalam rumah. Selepas melahirkan anak pada tahun 2017, Sarah mengambil langkah drastik untuk melarikan diri bersama anaknya. Akhirnya, beliau berjaya melarikan diri ke Malaysia dan memperoleh hak penjagaan terhadap anaknya. Perceraiannya dimuktamadkan di bawah fasakh pada tahun 2022. Anak sulung Sarah yang lahir di Malaysia, dan anak bongsunya yang lahir di luar negara, kedua-duanya kini tinggal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Sarah terus menghadapi gangguan daripada bekas suaminya. Dia mempunyai hubungan di Malaysia yang kerap menakut-nakutkan Sarah di rumahnya, menambah lagi kesukaran Sarah di dalam situasi yang mencabar ini.
- Sarah (nama samaran)
Jika anda seorang ibu terkesan, sertai kempen ini dengan berkongsi cerita anda di sini.
Pada Februari 2023, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) dan Menteri Dalam Negeri telah memberikan komitmen untuk mengutamakan pindaan terhadap isu kewarganegaraan wanita Malaysia dan anak kelahiran luar negara mereka.
Namun begitu, kini, pindaan progresif ini telah digabungkan dengan beberapa pindaan- pindaan regresif yang mampu memburukkan lagi keadaan tanpa kewar-ganegaraan. RUU ini dikenali sebagai RUU Pindaan Perlembagaan 2024.
RUU ini telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 17 Oktober 2024 dengan undi majoriti sebanyak 206.
Ia akan dibawa ke peringkat Dewan Negara selepas ini.
Terdapat satu penyelesaian yang cukup mudah.
Kami menggesa semua Ahli Dewan Negara, tanpa mengira fahaman politik untuk:
- Hanya menyokong pindaan yang akan membenarkan ibu warga Malaysia untuk menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.
- Asingkan pindaan progresif daripada pindaan regresif lain.
KRONOLOGI KES SURIANI KEMPE YANG BERJUANG UNTUK HAK KEWARGANEGARAAN YANG SAMA RATA BAGI ANAK-ANAK YANG DILAHIRKAN DI LUAR NEGARA KEPADA IBU-IBU WARGANEGARA MALAYSIA.