#PindaPerkara14UntukIbu

Sokong pindaan perlembagaan Persekutuan berkenaan 'Kewarganegaraan melalui 'Kuat Kuasa Undang-undang', Seksyen 1(b) dan 1(c), Bahagian II, Jadual Kedua, Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan ini akan memastikan bahawa wanita warga Malaysia mempunyai hak yang sama rata seperti lelaki warga Malaysia untuk menurunkan kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara secara kuatkuasa undang-undang.

Pindaan dalam RUU
Pinda seksyen-seksyen 1(b) dan 1(c) di bawah Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan, dengan menggantikan perkataan "bapanya" dalam setiap peruntukan dengan perkataan "sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya", supaya peruntukan-peruntukan tersebut baca seperti berikut:

“1... orang yang berikut yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia ialah warganegara melalui kuat kuasa undang-undang, iaitu:

(a) ...

(b) “tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan sama ada telah lahir di Persekutuan atau pada masa kelahiran itu berada dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesuatu Negeri; dan

(c) “tiap-tiap orang yang lahir di luar Persekutuan yang bapanya sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapanya pada masa kelahiran itu seorang warganegara dan dalam masa satu tahun selepas kelahiran itu berlaku atau dalam masa apa-apa tempoh yang lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Kerajaan Persekutuan dalam mana-mana hal tertentu, kelahiran itu didaftarkan di suatu konsulat Persekutuan atau, jika kelahiran itu berlaku di Brunei atau di sesuatu wilayah yang ditetapkan bagi maksud ini melalui perintah Yang di-Pertuan Agong, didaftarkan dengan Kerajaan Persekutuan...”

Undang-undang kewarganegaraan yang tidak sama rata bukan satu kebiasaan.

Malaysia adalah dikalangan

  • ● 24 negara di dunia
  • ● 4 negara di Asia & Pasifik
  • ● 2 negara di Asia Tenggara (ASEAN)

yang masih tidak memberi hak yang sama rata kepada wanita untuk menurunkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.

Negara-negara lain yang kebanyakannya beragama Islam seperti Mesir, Turki, Pakistan dan Maghribi juga mengizinkan warga wanita hak yang sama seperti warga lelaki untuk menganugerahkan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka.

Bahamas
Barbados
Mauritania
Togo
Libya
Sudan
Burundi
Eswatini
Somalia
Kuwait
Jordan
Lebanon
Syria
Iraq
Bahrain
Qatar
Iran
United Arab Emirates
Oman
Saudi Arabia
Nepal
Malaysia
Brunei
Kiribati

Undang-undang kewarganegaraan saksama jantina akan:

memastikan kestabilan negara dan
pembangunan ekonomi yang lebih kukuh

meningkatkan kedudukan Malaysia di aras
global dan rantauan

memberikan makna kepada konsep 'Malaysia
MADANI?'

memastikan peranan ibu dihormati dan ibu
dan bapa adalah sama di sisi undang-undang

Menangani Kesalahfahaman terhadap Kempen 'Saya Juga Anak Malaysia'

“Malaysia tidak mengiktiraf dwikewarganegaraan.”

Terdapat undang-undang Malaysia sedia ada yang jelas untuk menangani isu dwikewarganegaraan terhadap individu berumur 21 tahun ke atas yang memegang dua kewarganegaraan di bawah Perkara 23(1) Perlembagaan Persekutuan.

Isu dwikewarganegaraan tidak boleh digunakan sebagai kriteria untuk menafikan wanita hak kewarganegara setaraf dengan lelaki.

Anak-anak kelahiran luar negara kepada lelaki Malaysia yang berkahwin dengan wanita asing juga terbuka untuk memegang dua kewarganegaraan.

Anak-anak kepada ibu dan bapa Malaysia yang dilahirkan di negara yang mengikut prinsip jus soli juga boleh memegang kewarganegaraan negara kelahiran dan juga kewarganegaraan Malaysia.

Singapura

Meminda perlembagaan pada tahun 2004 untuk membenarkan wanita menurunkan kewarganegaraan mereka kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara. Kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara adalah warganegara Singapura mengikut keturunan jika salah satu ibu atau bapa adalah warganegara. Kanak-kanak yang memegang dwikewarganegaaran perlu memilih antara satu sebelum mencapai umur 22 tahun atau kerakyatan Singapura akan ditarik balik.

“Wanita warga Malaysia sepatutnya tahu undang-undang, dan mereka sedar apabila mereka memutuskan untuk berkahwin dengan lelaki dari negara lain. Mereka harus menanggung akibatnya.”

Kerajaan harus melindungi rakyat daripada sebarang ancaman dan keganasan. Kerajaan harus memastikan wanita Malaysia dan anak-anak mereka tidak terdedah kepada situasi yang bahaya dan berisiko tinggi dan mengancam. Perkahwinan adalah keputusan peribadi dan sepatutnya tidak memberi impak sosial dan undang-undang yang negatif. Kanak-kanak, khususnya, tidak sepatutnya menanggung sebarang kesan buruk.

“Menukar undang-undang ini akan menggalakkan wanita warga Malaysia berkahwin dengan lelaki bukan warganegara Malaysia. Ia juga akan menggalakkan lelaki asing mengambil kesempatan ke atas wanita warga Malaysia. Pemberian kerakyatan kepada kanak-kanak ini akan membuka floodgates.”

Persoalan floodgates tidak wujud. Berdasarkan rekod JPN, dari 2013 - 30 Jun 2022:

30,939

permohonan kerakyatan telah diterima untuk anak kelahiran luar negara kepada bapa Malaysia

Hanya 4,901

permohonan kerakyatan diterima untuk anak kelahiran luar negara kepada ibu warganegara Malaysia

Menurut kenyataan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, sebanyak 3,903 permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan bagi individu di bawah umur 21 tahun telah diproses sehingga 7 Mac 2024.

Daripada jumlah tersebut, 80% telah diluluskan.

Li Li adalah seorang ibu Malaysia yang tinggal di Milan, melahirkan anaknya di Itali pada tahun 2017 setelah dinasihatkan untuk tidak terbang pulang ke Malaysia kerana pernah mengalami keguguran sebelumnya. Walaupun pada awalnya diberitahu oleh Kedutaan Malaysia bahawa anaknya boleh didaftarkan untuk kewarganegaraan Malaysia, dia kemudian mengetahui bahawa anaknya harus mengikut kewarganegaraan bapanya. Dengan permohonan kewarganegaraan yang tidak diselesaikan, anak Li Li terpaksa mengambil kewarganegaraan bapanya. Selepas bercerai, Li Li menghadapi kesulitan sebagai ibu tunggal, terutama semasa pandemik. Dia bahkan menolak tawaran repatriasi ke Malaysia kerana bimbang dengan status undang-undang anak perempuannya. Setelah 7 tahun menunggu, Li Li akhirnya berjaya mendapatkan kewarganegaraan untuk anak perempuannya pada tahun 2024.

Anieza adalah seorang ibu tunggal warga Malaysia dengan tiga orang anak perempuan yang tinggal di Malaysia, dua daripadanya bukan warganegara. Sejak penceraiannya, beliau telah membesarkan anak-anaknya sendirian sambil bekerja sepenuh masa dan menghadapi cabaran birokrasi dalam memohon visa, kewarganegaraan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan. Anak-anaknya yang bukan warganegara juga telah dinafikan pelbagai peluang di sekolah, termasuk biasiswa dan pinjaman PTPTN. Selepas menunggu selama 14 tahun, dua anak perempuan Anieza akhirnya berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2023.

Aini adalah seorang ibu Malaysia kepada dua anak berkeperluan khas, seorang bukan warganegara manakala seorang lagi adalah warganegara. Disebabkan anak perempuannya tidak mempunyai kewarganegaraan Malaysia, Aini tidak dapat mengakses penjagaan kesihatan mampu milik kerana anak perempuannya tidak layak mendapat kad OKU. Akibatnya, sesi terapi anak bukan warganegaranya lebih mahal berbanding dengan yuran anak warganegaranya. Selepas menunggu selama 4 tahun, anak perempuan Aini akhirnya berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2023.

adalah seorang ibu Malaysia kepada lima orang anak; empat daripadanya adalah warganegara, manakala anak keempatnya yang dilahirkan di luar negara tidak berwarganegara kerana tidak dapat mewarisi kewarganegaraan bapanya. Beliau melahirkan anaknya di luar negara semasa melawat ibu bapa mertuanya. Sebelum perjalanan, Mashithah telah menyemak dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan dimaklumkan bahawa anaknya masih boleh mendapatkan kewarganegaraan walaupun dilahirkan di luar negara. Namun, hak ini tidak diberikan apabila beliau menghubungi kedutaan Malaysia selepas bersalin. Selepas menunggu selama empat tahun, anak Mashithah akhirnya berjaya memperoleh kewarganegaraan Malaysia pada tahun 2023.

Nabena adalah seorang ibu tunggal warga Malaysia berusia 70 tahun. Selepas perkahwinannya, dia terpaksa berpindah ke Sri Lanka kerana Malaysia tidak membenarkan pasangan asingnya tinggal di Malaysia. Dia melahirkan anak perempuannya, Gayani, di Sri Lanka tanpa mengetahui bahawa dia tidak boleh secara automatik memberikan kewarganegaraan kepada anaknya. Nabena tetap setia kepada negaranya dan tidak pernah memperoleh kewarganegaraan lain—dia telah tinggal di Sri Lanka sejak 1984 hanya dengan visa pasangan penduduk. Keluarganya juga sering kembali ke Penang dan Kuala Lumpur untuk melawat keluarga dan rakan-rakan. Apabila Malaysia memperkenalkan program pasangan, dia dan suaminya berpindah ke Malaysia dan bekerja di Penang dan Kajang masing-masing, tetapi menghadapi masalah apabila memohon kewarganegaraan untuk Gayani. Tragisnya, suami Nabena meninggal dunia dan dia ingin kembali ke negara asalnya, Malaysia. Namun, dia tidak boleh kembali dan terpaksa tinggal di Sri Lanka kerana anak perempuannya, Gayani, adalah penjaganya dan hanya boleh masuk ke Malaysia dengan visa pelancong. Walaupun menjadi warganegara negara yang aman (Malaysia), Nabena terpaksa tinggal di negara yang menghadapi pergolakan sivil akibat krisis ekonomi kerana anak perempuannya tidak dapat berpindah ke Malaysia tanpa status sah jangka panjang.

Defny, seorang ibu tunggal Malaysia dari Pahang, telah berjuang untuk mendapatkan kewarganegaraan bagi anak sulungnya, Brian, yang lahir di Mauritius pada tahun 2001. Walaupun telah memohon dua kali di bawah Perkara 15(2) [Borang B], kedua-dua permohonan tersebut ditolak tanpa sebarang penjelasan. Penolakan permohonan kewarganegaraan anaknya memberi kesan yang mendalam kepada keluarga. Anaknya menghadapi cabaran pendidikan, termasuk tidak dapat bersekolah selama enam bulan pertama kerana menunggu kelulusan daripada Kementerian Pendidikan. Setiap tahun, Defny terpaksa membayar pas pelajar anaknya kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Imigresen. Tambahan pula, anaknya tidak layak menerima sebarang bantuan kerajaan semasa di sekolah dan tidak dapat mengakses kemudahan kesihatan awam. Tanpa pilihan visa yang sesuai, anaknya hanya boleh tinggal di Malaysia dengan permit kerja. Defny menekankan kurangnya sokongan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan menyifatkan situasi ini sebagai diskriminasi. Walau bagaimanapun, dia tetap berazam untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia untuk anaknya, menekankan hubungan mendalam anaknya dengan Malaysia.

Danial seorang anak lelaki usia 26 tahun yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warga Malaysia, Jamaliah Ismail. Beliau telah menetap di Malaysia selama 12 tahun sebagai pemegang Pas Pelajar, tetapi tidak lagi layak selepas penamatan pengajian universitinya. Gelombang ketidaktentuan menanti Danial, termasuk kemungkinan berpisah dengan keluarganya di Malaysia. Sebagai seorang pelumba dan ahli muzik yang berbakat, Danial terpaksa melepaskan banyak peluang, walaupun ingin dengan bangganya mewakili Malaysia, negara yang dianggapnya sebagai tanah air.

SITI seorang wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan bukan warganegara. Mereka mempunyai tiga orang anak, satu warganegara dan dua bukan warganegara disebabkan dilahirkan di luar negara. Sejak kebelakangan ini, suaminya mula menunjukkan tanda-tanda keganasan terhadap beliau dan anak-anaknya, menyebabkan Siti berhidup dalam ketakutan kerana suaminya menderanya dan mengawal setiap pergerakkannya. Dia juga menahan pasport anak-anaknya yang dilahirkan di luar negara, menyukari beliau meninggalkan perkahwinan itu.

Barathi telah dikurniakan dua orang anak, lahir pada tahun 2012 dan 2014 di Chennai, India. Disebabkan komplikasi semasa mengandung, Barathi dinasihatkan supaya tidak melakukan perjalanan jauh, yang menyebabkan beliau melahirkan anak di India. Barathi telah memohon untuk kewarganegaraan anak-anaknya dalam tempoh 3 bulan selepas kelahiran mereka. Walau bagaimanapun, kedua-dua permohonan ditolak tanpa alasan yang jelas. Walaupun menghadapi kegagalan, beliau memohon semula. Setelah tinggal di Malaysia selama enam tahun yang lalu, Barathi merasa tertekan untuk mendapatkan visa pelajar setiap tahun untuk anak-anaknya, walaupun beliau adalah warganegara Malaysia. Situasi ini menyebabkan cabaran keluarga. Selain itu, Barathi telah disahkan menghidap kanser payudara, yang menyukarkan lagi situasi mereka.

Inilah cara anda boleh membantu kami menggesa Kerajaan Malaysia untuk bertindak:

1. Sertai “Twitter Storm”


Klik Sini

2. Tandatangani petisyen


Klik Sini

3. Sumbang kepada dana


Klik Sini